Dalam meniti arus kemodenan ini, masyarakat konvensional haruslah meluaskan horizon pemikiran kita bahawa laman web adalah satu mekanisme utama sebagai saluran maklumat kepada pelajar khususnya para pelajar di Uitm Dungun. Jika ditelusuri, berdasarkan kajian soal selidik kepada 50 pelajar Uitm Dungun, kami mendapati bahawa hanya 10% yang menggunakan perkhidmatan dalam talian dalam pembelian tiket bas. Ini bermakna hanya segelintir pelajar yang berani menggunakan perkhidmatan dalam talian dalam pembelian tiket bas. Oleh itu, kami mengambil satu prakarsa dengan memperkenalkan portal “hoore hoore balik kampung!” sebagai “one stop center” yang menghimpunkan beberapa buah syarikat pengangkutan bas di Malaysia. Tujuan utama kami adalah untuk mengungkap beberapa kekangan yang menjadi satu isu apabila pelajar ingin pulang ke kampung halaman. Antaranya ialah masalah pembelian tiket di kaunter bas yang kira-kira 4 kilometer daripada Uitm Dungun. Tambahan pula, cawangan kaunter tiket yang terdapat didalam UiTM Dungun amatlah terhad masanya. Ini membuatkan para pelajar sukar untuk mendapatkan tiket kerana jadual mereka yang agak padat. Objektif utama kami menghasilkan portal ini adalah untuk memudahkan para pelajar membeli tiket secara dalam talian. Tambahan lagi, para pelajar dapat mengetahui maklumat-maklumat terbaru seperti diskaun pada harga tiket, kekosongan tempat duduk bas dan waktu perjalanan sekiranya mereka ingin ke destinasi yang baru ditujui. Portal ini amatlah berpotensi untuk di komersialkan kepada seluruh Uitm juga kepada institusi-institusi yang berminat yang berada di Malaysia kerana portal ini merupakan satu portal yang dapat memudahkan pelajar-pelajar serta masyarakat dalam membuat pembelian tiket bus tanpa perlu ke kaunter. Portal yang akan kami laksanakan ini dapat digunakan oleh pelbagai pihak sama ada pelajar, pensyarah, kakitangan UiTM Dungun serta masyarakat setempat.